Mata-mata @ JAMIS UPM (Jaringan Mahasiswa Islam Se-Malaysia UPM) E-mail: matamatajamisupm@yahoo.com |
. |
Tarikh: 5 Febuari 2007 Rujukan Kami: www.mata-matajamisupm07-2.blogspot.com
Ke Hadapan, Naib Canselor UPM, Prof. Dato'. Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Pejabat Naib Canselor, Canseleri, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang Selangor E-mail: nc@putra.upm.edu.my
Dato', |
PER: |
PERKHIDMATAN BAS YANG KURANG CEKAP DAN ISU ETIKA PEMANDU BAS YANG TIADA PENYUDAHNYA |
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kami merujuk kepada e-mail dari Zam KB yang mendakwa sebilangan pemandu bas di UPM yang bersifat kurang ajar dan tidak beretika apabila menegur mahasiswa sewaktu memandu bas. Kebanyakan pemandu bas UPM yang dimaksudkan adalah mereka yang memandu bas Kolej 12/13/14/15/16. Amat kurang diperhatikan bagi pemandu bas yang beruniform yang tidak beretika. Malah, budi bahasa mereka disanjung. Kelewatan bas tiba ke destinasi juga merumitkan urusan harian mahasiswa untuk ke kuliah dan sebagainya.
3. Perkara lain yang berbangkit adalah cadangan dan perlunya diwujudkan perkhidmatan 'Bas Inter-Fakulti' (BIF), di mana bas ini beroperasi di kawasan strategik untuk laluan seperti anak panah merah pada gambar di bawah.
BIF yang dicadangkan beroperasi;
diharap dapat mengurangkan kesesakan bas ketika waktu puncak. Manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pelajar yang meliputi kawasan laluan BIF.
4. Maka dengan surat ini, kami berharap dan merayu agar masalah mahasiswa ini dapat dipertimbang dan diperhalusi oleh pihak Dato' agar kebajikan mahasiswa terbela hendaknya. Kerjasama dari pihak Dato' amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MM-JAMIS UPM ____________________ (Mata-mata JAMIS UPM)
s.k. -mahasiswa/ibubapa/penjaga
Nota: Masalah Bas di UPM boleh dirujuk dalam alamat http://www.basdiupm.blogspot.com/ |